TENTERA INGGERIS VS PAHLAWAN MELAYU
 
Dalam sejarah Perang Naning terdapat satu perjanjian yang telah menyebabkan kesan buruk kepada masyarakat melayu.
Perjanjian ini di cipta oleh pihak British tanpa persetujuaan  pembesar melayu.
Perkara ini telah menyebabkan masyarakat melayu pada ketika itu tidak bersetuju dan melakukan penentangan.
 
Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, Naning juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa, tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu[1].Dato' Dol Said yang ketika itu menjadi Penghulu Naning membantah perintah membayar cukai tersebut. Berikutan itu, pada tahun 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh Inggeris untuk menyerang Naning bagi menghapuskan Dato' Dol Said dan pengikutnya.

Dalam Perang Naning pertama yang berlangsung selama 18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, pihak Inggeris ini telah berjaya ditewaskan oleh orang-orang Naning dibawah pimpinan Dato' Dol Said dengan bantuan orang-orang Rembau dibawah pimpinan Syed Shaaban menantu Raja Ali.

Inggeris tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Pasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan Inggeris pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selatpada 27 Oktober 1832.


 
Dalam Peperang Naning telah berlaku dua siri peperangan. Pertama peristiwa perang 1831 dan peperangan kali kedua pada tahun 1832.
Peperang kali pertama telah meletus.

Dari sudut-sudut lembaran Sejarah ini dapat dilihat Perang Naning sebagai suatu contoh peristiwa yang berlaku akibat dari kesilapan Pemerintah tersebut sendiri yang gagal secara bijak dan berhemah dalam mengesan muslihat musuh yang akhirnya membuatkan Negeri sendiri tergadai.

Ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan dalam kemelut perebutan kuasa atau perpecahan sekiranya berlaku.
Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri menyebabkan diri boleh dibeli dan boleh mengorbankan serta mengkhianati bangsa sendiri.






 
Seperti yang kita sedia maklum, peperangan yang berlaku di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu adalah disebabkan oleh campur tangan kuasa asing.

*Pejuang-pejuang tempatan bertungkus lumus dalam mempertahankan tanah air kita daripada dijajah oleh kuasa asing.

*Contohnya perjuangan Dol said menentang British di daerah peganganya menunjunkkan kecintaanya terhadap tanah tumpah darahnya.

Dol Said menentang kehadiran British ke jajahanya kerana:
  1. Ingin mempertahankan Naning.
  2. Menentang sistem cukai
  3. Undang-undang ciptaan British
 

* Sikap British yang gemar membuat keputusan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu menyebabkan peperangan sukar untuk dielakkan dan menyebabkan keadaan yang aman bertukar menjadi kucar-kacir



 
Di dalam halaman pendidikan ini terdapat kandungan mengenai pendidikan yang telah Dol Said pelajari sejak usianya kecil lagi.

*Sejak kecil lagi, beliau telah diasuh dengan didikan agama yang baik. Dol Said seorang yang tekun yang mengaji. Dapat dirumuskan bahawa perjuangan beliau dalam menentang penjajah bukan kerana semangat patriotisme semata-mata, malahan demi mempertahankan agama Islam.

* Dalam melengkapi lagi ilmu didalam dirinya Dol Said turut mempelajari ilmu mempertahankan diri iaitu seni silat sejak berusia enam tahun lagi.

*Ilmu agama yang dituntutnya sedari kecil, menjadikan dirinya dihormati oleh orang ramai. Selain itu Dol Said merupakan anak yang taat hasil asuhan dan didikan oleh ibubapanya.
 
Di dalam laman sesawang weebly ini, kami telah menyenaraikan  8 jenis menu. Di dalam setiap menu ini mempunyai kandungan yang berbeza-berbeza mengikut tajuk.

-Di dalam menu halaman "penghulu" terdapat  huraian mengenai latar belakang tentang tokoh HIDS Dol Said.
Iaitu sedikit sebanyak tentang diri tokoh tersebut.
Contohnya seperti tempat beliau dilahirkan, daerah yang didiami dan juga jenis suku.

-Selain itu juga terdapat penerangan tentang jawatan yang dipegang. Dol Said merupakan penghulu di daerah Naning.

Hal ini jelas menunjukkan Dol Said merupakan seorang tokoh pemimpin yang berwibawa sehingga dilantik menjadi penghulu pada usia yang muda.
 

*Pada jam 12:43 pm kumpulan kami telah mengemaskini kembali  laman sesawang http://www.weebly.com.

*Sebagai pelajar Asas Multimedia& teknologi web kami telah ditugaskan untuk menghasilkan sebuah laman sesawang, di mana laman ini sebagai salah satu tugasan akhir bagi subjek Asas Multimedia& TEknologi Web

* Kandungan yang perlu disertakan didalam laman sesawang ini ialah berkaitan dengan projek Hari Ini Dalam Sejarah(HIDS) berdasarkan silibus  sejarah tingkatan 5

*Kami telah memilih tajuk Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke-2 dibawah sub tajuk
Perjuangan pemimpin setempat menentang British;
 Dol said Penghulu Naning

*Tajuk -tajuk utama yang terdapat di menu juga dikemaskini.Pada hari ini KAmi telah mengemaskini 'page' :
     -Biodata Dol Said
     -Pendiddikan
     -sejarah naning
     -faktor
     -perjanjian
     -peristiwa perang
     -link
     -Blog