PERISTIWA PERANG NANING 1831
British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain.
Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.British mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .
Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.
Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.
Faktor kemenangan Dol Said :
- Penggunaan taktik gerila
- Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar
- Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .
PERISTIWA PERANG 1832
Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning .
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.
Kesan perang :
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.
Kesan perang :
- Taboh telah ditawan
- Rumah penduduk Naning telah dibakar
- Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
- Daerah Naning dan Melaka disatukan
- British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.